Bangunan MPK, Kijal 24100, Kemaman, Terengganu.09-8599330kkkemaman@kkck.edu.my8 Pagi - 5 Petang

Pengenalan dan Sejarah Penubuhan Kolej Komuniti Kemaman

LOGO_KOLEJ

Kolej Komuniti Kemaman (KKK) telah ditubuhkan pada Julai 2009 dengan menumpang di Kolej Komuniti Kuala Terengganu yang dahulunya merupakan kolej induk kepada Kolej Komuniti Kemaman. Setelah hampir enam bulan menumpang di Kolej Komuniti Kuala Terengganu, tanggal 03 Januari 2010, Kolej Komuniti Kemaman dengan rasminya telah berpindah di bangunan yang beralamat di Lot K-148E, Bangunan MPK, Kijal, 24100 Kijal, Kemaman, Terengganu. Kolej Komuniti Kemaman mempunyai seramai 13 orang staf yang terdiri daripada 6 orang staf akademik dan 7 orang staf pentadbiran.

Kolej Komuniti Kemaman bermula dengan penawaran Program Sijil Sistem Komputer dan Sokongan sehingga sesi Januari 2012. Kemudian, Kolej Komuniti Kemaman menawarkan SMK Rangkaian Komputer pada Sesi Julai 2011. Selain kursus sepenuh masa, Kolej Komuniti Kemaman turut menawarkan pelbagai kursus-kursus jangka pendek di bawah program pembelajaran sepanjang hayat (PSH) kepada semua lapisan masyarakat terutamanya penduduk setempat.

facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail
Menu